Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’bahawa Nabi SAW bersabda: barangsiapa yang berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang dimitanya baik cepat ataupun lambat.
Niat solat hajat:
“Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Selepas membaca surah al-fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi semetara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.
Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini….
“Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainkanNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitab Mu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.”
Kemudian bacalah doa atau mintalah apa yang kita hajatkan.
SELAMAT BERAMAL !!!