Rabu, 1 Februari 2012

Perodua Alza SR Edisi 2012

Baru-baru ini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah melancarkan MPV nya yang terbaru, Alza Smart Ride (Perodua Alza SR). Kenderaan yang sesuai untuk kategori keluarga sederhana besa ini sangat fleksibel kerana mempunyai ciri-ciri model kereta sedan.

 

pix_gal0 a.ka. PERODUA Alza SR edition

Perodua Alza SR ini disasarkan kepada golongan muda berkeluarga sesuai untuk kegunaan harian mahupun balik kampung. Ditawarkan dengan tiga warna pilihan Ivory White, Glittering Silver dan Mystical Purple.

 

 

Perodua edisi kali ini adalah kesinambungan daripada versi terdahulu yang menjadi MPV paling diminati dengan jualan sekitar 81,000 unit telah Berjaya dijual sejak 2009.

Maklumat lanjut tentang Alza SR ini, bolehlah kunjungi 178 bilik pameran di seluruh Negara dan boleh ditempah bermula hari ini.

Admin pun ingat nak suggest Perodua Alza SR ini kat ayahanda, tapi rasanya dia tak minat kot coz dia dah pergi usha Avanza versi baharu kat bilik pameran Toyota beberapa hari yang lepas.

Apa-apa pun MPV ini tetap sesuai dan praktikal kerana admin difahamkan PERODUA tidak pernah berkompromi berhubung ciri keselamatan dan sentiasa mematuhi piawaian yang telah di tetapkan olah kerajaan dan antarbangsa.

Moh pakat jenguk Perodua Alza SR di bilik pameran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan