Selasa, 27 September 2011

Lada Oh Lada...

Rempah ratus mempunyai pelbagai jenis yang digunakan bagi melazatkan lagi masakan. Lada merupakan antara suatu bahan yang biasa digunakan terutamanya dalam menyediakan hidangan orang Melayu. Cuba korang search kat google dengan menaip cik LADA... saksikan inilah yang saya jumpa.
lada-niva resimleri
2000 Lada Rapan Concept Cars Vl Russia
2000vaz_lada_peter_turbo_2
20100308-racing-lada
DaveDeli_Lada_Concept_SUV
Kereta Lada versi sport....
lada_tank
lada-tuning
Lada-C_Concept_2007
Michur_Pol_92LadaNiva_RR
p/s: kena guna bahasa inggeris baru mudah hendak cari... Addooiii..

Isnin, 5 September 2011

Raya Merdeka 2011

Setelah sebulan umat Islam menjalani madrasah ramadhan, sekarang tibalah masa kita merayakan hari kemenangan ini dengan hati yang riang. Jalan-jalan utama kembali sesak, bagi jalan di pantai timur khususnya Terengganu, sejak LPT Fasa 2 dibuka ia dapat mengurangkan sedikit aliran lalu lintas para perantau menuju ke destinasi masing-masing. Tahun ini umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya AidulFitri sehari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia.


Kiranya, hari raya kedua adalah Hari Kemerdekaan. Walaubagaimana sekalipun, Hari Kemerdekaan yang jatuh pada raya kedua telah ditunda tarikhnya pada tahun ini ke 16 September 2011 iaitu bersamaan Hari Malaysia. Wah! banyaknya tarikh keramat dinegaraku ini.


Kelmarin adalah sesi kemasukn dan pendaftaran pelajar baharu di salah sebuah universiti di pantai timur, tahniah diucapkan kepada adik-adik yang diterima masuk ke universiti, dan universiti lain juga akan menyusul mengambil pelajar baharu mereka dalam bulan ini bagi kemasukan pelajar kategori ijazah sarjana muda. Kasihan la kat korang, belum puas beraya dah kena daftar.Tapi tidak mengapa anggap saja sebagai mukhadimah pengorban sebelum anda bergelar siswazah yang berjaya.


Kepada yang telah bekerja, selamat pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan diperantauan. Saya sebagai admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca blog yang setia...

Kembalikan Chat Facebook Versi lama

Macam manalah nak kembalikan chat facebook kepada versi lama... Addooiiii...Bosan dengan chat versi baru? Tak berapa mersa pengguna la. Aku ada satu pertolongan untuk setelkan masalah yang melanda facebook korang tu.




Aku akan kongsikan add on untuk kembalikan chat anda untuk pengguna Firefox dan juga pengguna google Chrome. Sesungguhnya aku sering guna kedua-dua enjin carian ni semasa berblog.


Bagi pengguna Firefox sila klik sini untuk install add-ons



Bagi pengguna Google Chrome sila klik sini untuk install add-ons.(jangan lupa buka browser chrome dulu sebelum klik)

So, sekarang anda boleh kembali dengan muka yang berseri kembali dihadapan fb anda.
Kalau suka kat chat versi lama sila kongsikan di ruangan 'komen' SEBAB anda memilihnya yea.