Sabtu, 5 Jun 2010

Terfikirkah anda?

Sebaik saja anda menaip perkataan 'Melayu' pada Google search engine, maka keluarlah senarai pada penyambung di bahagian belakangnya. Kita dapat lihat diakhir perkataan melayu penuh dengan ilusi keduniaan yang melalaikan hati dan membutakan jiwa. Perbezaan yang begitu ketara jika perkataan melayu itu digantikan dengan cina dan india. Adakah ini yang kita mahukan??? Sekiranya kita tidak mahu berubah dari sekarang maka kita akan terus ketinggalan dan akan terus dikotak-katikkan oleh orang lain.Bangkitlah bangsaku..Jangan kamu alpa dengan keduniaan yang sementara ini. Dunia semakin meruncing, iklim sudah tidak menentu, perangai manusia juga begitu, masa terus berlalu meninggalkan kita. Marilah kita gantikan perkataan yang menjadi penyambung kepada melayu pada google search itu menjadi perkataan yang lebih baik agar kita tidak menjadi bangsa yang dungu terhadap diri sendiri. Ingatlah semua bahawa yang dekat itu mati, yang jauh itu masa lalu dan yang tajam itu lidah. Gunakan akal untuk berfikir dan lidah untuk yaRabb dan teruskan perjuangan nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan menyebarkan dakwahnya kepada seluruh umat manusia. Islam agama yang benar.