Ahad, 27 November 2011

Istana Negara Baharu


Istana negara baharu telah pun siap baru-baru ini. Ia akan menjadi satu lagi mercu tanda di bumi bertuah ini. Segala pentadbiran di istana lama akan dipindahkan ke istana baharu secara berperingkat-peringkat.



Istana Negara Baharu di Jalan Duta.


Mercu ini adalah sebagai lambang Malaysia negara berdaulat dan raja berpelembagaan.


Istana negara yang lama digunakan sebelum pembinaan istana baharu dilaksanakan.

Rabu, 9 November 2011

Bola Sepak : Sukan SEA 2011 (Malaysia 2-1 Thailand)

Selepas skuad nagara seri tanpa jaringan menentang singapura pada pusingan yang lepas, hati Malaysia kembali terubat dengan kemenangan ke atas Thailand dengan jaringan 2-1 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. 
    
  
 Jaringan pertama di Stadium Utama Gelora Bung Karno dijaringkan oleh ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama.

       Bagaimanapun Thailand dapat menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78. Kekuatan barisan serangan yang ampuh berjaya meledakkan satu lagi gol di saat-saat akhir bagi memastikan kemenangan milik Malaysia menerusi rembatan Izzat Faris Ramlan pada minit ke-85 dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011.