Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Madrasah Mendidik Hati Dan Jiwa

أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)"
(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan yang mulia... Kini madrasah Ramadhan tiba lagi pada tahun ini. Bermulalah solat sunat terawih pada malam ini yang tiada pada bulan-bulan Islam yang lain. Sesungguhnya, bulan yang penuh baraqah ini dapat mendidik hati dan jiwa kita agar dapat terus istiqamah amalan baik pada bulan-bulan yang seterusnya. Puasa-puasa juga sahur jangan lupa bangun. La..bangun untuk makan je pun takkan tak larat kot...Siap dapat pahala lagi. Siang hari jangan pula buat-buat lupa termakan atau terminum nanti rugi je yang kita dapat... Sayang sekali jika pahala yang banyak-banyak disediakan untuk kita, tapi kita tak cuba untuk kumpulkannya.. Baiklah, selamat berjihad melawan nafsu dan salam Ramadhan kepada semua pembaca blog yang beragama Islam...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sabtu, 23 Julai 2011

Jom Buat Transofmasi Pada Diri Kita

Masa yang berlalu diganti dengan masa baru yang lebih segar pada setiap detik. Umur juga turut sama meningkat seiring dengan masa yang masih berbaki. Perubahan pada tubuh badan dan akal minda kita saban hari juga semakin matang. Tanpa kita sedar kita kadang-kadang terleka sehinggakan terpesong dengan hala tuju yang kita telah rancang sejak awal lagi. Mana tidaknya, hati yang gelora sentiasa cuba memberontak bagi memuaskan keinginan yang tidak terjangka ketika kita sedang bermusafir dunia. Buat anak bangsaku ayuh bangunlah dari lena yang panjang. Jangan kita ulangi lagi kesilapan yang lalu, berwaspadalah selalu dengan tipu helah musuh-musuh kita diluar sana. Peristiwa 13 Mei kita kenang bukan hanya sebagai sejarah tetapi sebagi peringatan besar buat kita umat Melayu.


Sabtu, 9 Julai 2011

Tragedi Bersih 2.0

Tanggal 9 julai 2011 merupakan suatu detik yang mungkin menjadi ingatan di minda kita. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang perhimpunan ini berlangsung...


Pandai sungguh wartawan nie.. Tajuk berita pun memang kena, tapi kenapa tak dapat capai target tersebut??? hai,polis dah buat road block macam mana orang ramai nak pergi berhimpun. Logik la kan.


Rasanya, kalau pihak polis tidak melancarkan serangan menggunakan gas pemedih mata, mungkin keadaan masih lagi terkawal. Apa nak jadi dengan negara kita. Jikalau polis buat serangan balas terhadap penyokong Bersih ketika puak-puak ini buat huru-hara baru betul, ini tidak penyokong Bersih pula yang buat serangan balas dek kerana serangan pihak berkuasa yang menyerang mereka terlebih dahulu.. Ini siapa yang bikin onar dulu ni? Ada pihak kata Bersih ini kalau buat perhimpunan akan menggangu orang ramai, yang kita nampak yang sebenarnya berlaku mereka pula diserang walaupun mereka berhimpun secara aman. Tidak adil sekiranya yang Anti-Bersih buat perhimpunan aman tidak kena serangan gas pemedih mata, penyokong Bersih buat perhimpunan aman kena serang pula.

Bukan hendak menyalahkan pihak berkuasa semata-mata,tetapi ingin mengajak kalian semua berfikir adakah patut tindakan ini diambil keatas mereka. Harap pihak berkuasa negara kita dapat menjalankan kerja mereka dengan lebih telus dan berdedikasi sesuai dengan motto mereka.

Suasana BERSIH 2.0 di ibu kota

Isnin, 4 Julai 2011

Anugerah Tak Ternilai...

Kita sangat suka menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan sehingga terlebih-lebih pula. bila takde elektrik, takde air, takde udara bersih dan lain-lain lagi mulalah kita merungut tak tentu hala. Salah siapa?? Salah kita juga tidak tahu nak berberjimat cermat ketika menggunakkannya.

Itu hanya mukadimah je... Nie sebenarnya nak cerita tentang sumber tenaga alternative yang terdapat pada bumi yang tuhan ciptakan untuk hambanya. Setiap jam matahari rasuk ke Bumi lebih daripada tenaga yang cukup untuk memenuhi keperluan tenaga global bagi tahun keseluruhan. Tenaga Suria adalah teknologi yang digunakan untuk memanfaatkan tenaga matahari dan membuat ia boleh digunakan. Hari ini, teknologi yang menghasilkan kurang daripada satu persepuluh satu peratus daripada permintaan tenaga global.



Ramai orang biasa dengan apa yang dipanggil sel photovoltaic, atau panel solar, yang ditemui pada hal-hal seperti kapal angkasa, bumbung, dan kalkulator tangan. Sel-sel diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti yang didapati dalam cip komputer. Apabila cahaya matahari melanda sel, ia mengetuk elektron daripada atom yang longgar mereka. Sebagai aliran elektron melalui sel, mereka menjana elektrik.



Pada skala yang lebih besar, solar loji kuasa haba menggunakan pelbagai teknik untuk menumpukan tenaga matahari sebagai sumber haba. Haba ini kemudiannya digunakan untuk mendidihkan air untuk memacu turbin stim yang menjana elektrik di banyak fesyen yang sama seperti arang batu dan loji kuasa nuklear, membekalkan elektrik bagi beribu-ribu orang.
Maafla kalu ayat merapu sikit.Ayat-ayat sains nie kadang-kadang aku pon payah nak bagi tahu seperti yang aku faham. So,korang pandai-pandai la fahamkan sendiri ye..



Nie adalah contoh sebuah rumah yang memanfaatkan penggunaan tenaga solar.



Angin merupakan pergerakan udara dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Malah, angin wujud kerana matahari memanaskan permukaan Bumi secara tidak sekata. Apabila udara panas naik, udara sejuk bergerak untuk mengisi kekosongan itu. Selagi bersinar matahari, angin akan bertiup. Dan selagi angin bertiup, orang ramai akan memanfaatkan kepada kuasa ini kepada kehidupan mereka.



Pelaut kuno menangkap angin menggunakan layar angin dan seterusnya berjaya meneroka dunia. Petani menggunakan kincir angin untuk mengisar bijirin dan pam air. Hari ini, semakin banyak orang yang menggunakan turbin angin untuk menjanakan tenaga elektrik daripada angin. Sepanjang sedekad yang lalu,turbin yang menggunakan angin telah meningkat lebih daripada 25 peratus setahun. Namun, ia hanya memberikan sebahagian kecil daripada tenaga dunia.

Angin yang datang dari tenaga turbin yang setinggi bangunan 20 tingkat dan mempunyai tiga 200-kaki panjang (60 meter panjang) bilah. Contraptions ini kelihatan seperti kipas kapal terbang gergasi pada kayu. Angin memutarkan bilah, yang menutup batang disambungkan kepada penjana yang menghasilkan elektrik. Turbin lain bekerja dengan cara yang sama, tetapi turbin yang sebenarnya adalah pada paksi menegak dan bilah kelihatan seperti pemukul telur gergasi.


Angin turbin pada hari yang mendung

Turbin angin terbesar menjana elektrik yang cukup untuk membekalkan kira-kira 600 rumah AS. Ladang angin yang berpuluh-puluh dan kadang-kadang beratus-ratus turbin ini berbaris bersama terutamanya di kawasan-kawasan berangin, seperti di sepanjang rabung. Turbin yang lebih kecil dibina di belakang rumah boleh menghasilkan elektrik yang cukup untuk rumah tunggal atau perniagaan kecil.

Angin merupakan sumber tenaga yang bersih boleh diperbaharui kerana tidak menghasilkan pencemaran udara atau air. Dan tenaga angin adalah percuma, kos operasi yang hampir sifar sekali turbin didirikan. Pengeluaran besar-besaran dan kemajuan teknologi yang membuat turbin lebih murah, dan banyak kerajaan menawarkan insentif cukai untuk menggalakkan angin-tenaga dibangunkan.





Sumber-sumber tenaga lain....



Hydropower / Hydroelektrik.....


Biofuels


Fuel Cells


Geothermal - Ini loji kuasa Ggeothermal di Reykjavik, Iceland, menggunakan takungan stim bawah tanah dan air panas untuk menjana elektrik dan haba dan menyejukkan bangunan secara langsung.

Seni Jepun

korang mesti pernah tengokkan seni melipat kertas menjadi macam-macam bentuk yang unik. Kat Malaysia pon ada benda-benda nie sebenarnye. Kalau kat Jepun dipanggil Origami kat Malaysia pon lebih kurang la kot panggilannye.. Bayangkan kertas kosong yang biasa kita tulis dan melukis diatasnya boleh menjadi suatu produk kraftangan dan kadang-kadang boleh dijadikan sebagai mainan kanak-kanak.

cantikkan..macam naga dalam filem epik..


kalau sape-sape ada akuarium kecil boleh la letak.. tapi jangan letak air,alamaknya hancurlah ikan korang tu...




Cubalah buat sendiri... mana tau kot-kot jadik.. kepuasannya pasti terasa.








harap anda semua tertarik untuk berkunjung lagi ke blog ini dengan pelbagai post baru dan menarik selepas ini.


Jumaat, 1 Julai 2011

Himpunan Bersih 2011


Nie bukan nak promote atau provok...
tapi kan ble tengok dalam berita sekarang nie banyak sangat perhimpunan/demonstrasi "Aman" yang dibuat bagi membantah projek mega Himpunan BERSIH kali kedua nie yang dikatakan tidak sah(takde permit).... agak-agak korang la yang diorang duk sibuk-sibuk buat dan sokong demonstrasi "aman" nie sah ke??? kalau kata Himpunan BERSIH tu mengganggu ketenteraman awam, yang depa duk buat protes pon semuanya mengganggu jugak.... latest artikel ni ditulis, berita hari nie menyiarkan kesesakkan lalu lintas kat Pulau Pinang akibat kononnye demontrasi aman membantah Himpunan Bersih yang entah akan betul-betul berlaku atau tidak.... Jika sekiranya Himpunan BERSIH nie tidak berlaku so, orang-orang yang duk protes nie jugak patut rasa malu diatas perbuatan mereka sendiri....



Dipetik dari salah satu akhbar dalam negara bertarikh 01 Julai 2011.
Agak-agaknye jika dihimpun semua demonstrasi begini dalam satu hari boleh lawan yang Himpunan Bersih. Masalah yang lagi bermasalah. Renung-renungkan.....

Nafas baru Bukit Besi


Sebelum ini Bukit Besi digemparkan dengan desas desus pembinaan salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia berhampiran dengan Tasik Puteri. Setelah perletakan batu asas dalam Majlis Pecah Tanah beberapa tahun kemudian, maka kini sebuah kampus baru sedang giat dalam pembinaan....



Dari pandangan hadapan....


Sebahagian kampus ini akan menjadi penghuni baru di tasik tersebut


Pelan pembinaan mengikut fasa-fasa yang telah dirangka..
Dengar kata dengan pembinaan kampus ini, ia akan melengkapi kampus lain di Terengganu sebagai Kampus Induk universiti tersebut....
Apa-apa pon semoga universiti tersebut terus unggul sepanjang masa..

Biarkan kolam itu sehingga airnya tenang


Di sebuah desa terdapat seorang gadis kecil yang comel. Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kolam kecil yang sangat tenang airnya. Dia sangat suka melihat bayangan wajahnya yang comel itu.

Pada suatu hari dia membawa adik lelakinya bersama. Seperti biasa dia melihat bayangan wajahnya sambil menguraikan rambutnya yang ekal. Tiba-tiba tanpa diduga adiknya mengambil seketul batu dan membalingkannya ke dalam kolam. Berkocaklah air yang tenang itu dan tentulah wajah comelnya di dalam air pun turut berkocak.

Bukan kepalang marahnya kepada adiknya kerana perbuatan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan kocakan itu. Dia mengelilingi setiap sudut kolam, memegang gigi air untuk menghentikan air yang sedang berkocak. Namun gagal.

Dalam keadaan itu, seorang tua melintasi tempat itu. Dia bertanya apa masalah yg dihadapi? Gadis kecil menceritakan apa yang terjadi. Orang tua itu berkata, aku akan beritahu kamu satu-satunya cara untuk menghentikan kocakan air di dalam kolam itu, namun cara itu amat sukar.

Gadis kecil menjawab bahawa dia akan lakukan walaupun sukar atau terpaksa membayar dengan harga yang mahal!

Lantas orang tua berkata:
Biarkan kolam itu sehingga airnya menjadi tenang!

Pengajaran: kadang-kadang kita berdepan dengan sesuatu masalah, makin kita cuba untuk menyelesaikannya, makin bertambah kusut. Di sinilah perlunya kesabaran. Tunggu masanya. Insya Allah penyelesaian pasti datang.

Wallahu'alam