Sabtu, 23 Julai 2011

Jom Buat Transofmasi Pada Diri Kita

Masa yang berlalu diganti dengan masa baru yang lebih segar pada setiap detik. Umur juga turut sama meningkat seiring dengan masa yang masih berbaki. Perubahan pada tubuh badan dan akal minda kita saban hari juga semakin matang. Tanpa kita sedar kita kadang-kadang terleka sehinggakan terpesong dengan hala tuju yang kita telah rancang sejak awal lagi. Mana tidaknya, hati yang gelora sentiasa cuba memberontak bagi memuaskan keinginan yang tidak terjangka ketika kita sedang bermusafir dunia. Buat anak bangsaku ayuh bangunlah dari lena yang panjang. Jangan kita ulangi lagi kesilapan yang lalu, berwaspadalah selalu dengan tipu helah musuh-musuh kita diluar sana. Peristiwa 13 Mei kita kenang bukan hanya sebagai sejarah tetapi sebagi peringatan besar buat kita umat Melayu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan