Khamis, 8 Disember 2011

Bulan Muharram 1433h


Minggu ni demam teruk sangat sampai terpaksa batalkan niat untuk pergi kelas. Hari sabtu ok je,gimik perasmian penutup debat pon masih sihat lagi malam tu. esoknya alih-alih demam mengejut pula, hmm... nasib badan la,nak buat macam mana.hari isnin dah 9 Muharram ingat nak puasa tapi bimbang tak tahan pula, demam lagi. Malam tu telan dua biji ubat besok terus segar sikit, dah boleh dah nak puasa pada 10 Muharram tu. Seronokya dapat puasa sunat nie.

Tapi yang tak seronok hari tu, ikan yang aku bela banyak yang mati kerana tuan dia demam tak sempat nak jenguk macam biasa. Kesian kat ikan aku. Okey, kali nie aku nak kongsikan satu doa untuk korang semua tapi dalam bahasa Melayu la. "Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang akan mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu, Amin". Maafla, entri kali ni aku tak bincang pasal azam baru sempena Awal Muharram 1433h ni. Walau apa pun harap korang suka dengan doa tadi. Bonus untuk bulan Muharram dari admin.^_^

p/s: Jangan lupa amalkan tau, semoga hari-hari mendatang korang juga lebih baik dari yang telah berlalu.