Rabu, 29 Februari 2012

Solat Sunat Hajat

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’bahawa Nabi SAW bersabda: barangsiapa yang berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang dimitanya baik cepat ataupun lambat.

sujud

Niat solat hajat:

“Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Selepas membaca surah al-fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi semetara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.

Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini….

Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainkanNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitab Mu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.”

Kemudian bacalah doa atau mintalah apa yang kita hajatkan.

SELAMAT BERAMAL !!!

Sabtu, 25 Februari 2012

Andai aku ingin jadi pelajar Berjaya

Setiap kejayaan itu tidak dating kepada kita dengan begitu mudah, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan beristiqamah dalam melakukan setiap amalan baik.

choice

Isnin, 20 Februari 2012

Pada Lisan Ada 10 Perkara Terpuji

 

lisan Mulut merupakan satu anugerah yang sangat bernilai buat semua umat manusia. Dengan mulutlah maka kata-kata dapat di zahirkan kepada pendengar. Lisan yang indah-indah dapat dituturkan selancarnya tanpa ada cacat cela. Namun begitu lisan juga dapat memberi kebaikan kepada pemiliknya jika sekiranya kita tahu akan cara menggunakannya pada tempat yang betul.

 

  1. alat yang digunakan untuk memberi penjelasan.

  2. saksi keatas jiwa

  3. hakim yang menjelaskan perkataan

  4. penasihat yang mencegah keburukan

  5. bercakap memberi jawapan

  6. penolong untuk mengetahui keperluan

  7. penyampai untuk mengetahui sesuatu

  8. penghibur yang menghilangkan kesedihan

  9. pemuji yang menghilangkan kedengkian

  10. penarik yang melalaikan pendengaran

Senyum itu sedekat, memberi makan itu sedekah, memberi minum itu sedekah, memberi wang itu sedekah, membantu dengan tenaga sedekah dan mengungkapkan kata-kata yang baik itu juga merupakan sedekah.

Khamis, 2 Februari 2012

Toyota Avanza Baharu Edisi 2012

Inilah Avanza baharu yang admin cakap dalam entri yang lepas Perodua Alza SR. Baru-baru ini admin dan ayahanda pergi melawat adik yang belajar di kuantan, dalam masa on the way tu ayahanda suruh berhentikan kenderaan kat TOYOTA showroom kerana nak tengok Avanza baharu katanya.

Avanza 2012- depan

Cilok punya cilok, rasanya dapat juga dapat sikit info untuk digodek dalam blog Kembara Berduri ini.

avanza 2012-belakang

Bahagian Belakang

 

avanza 2012- sisi

Bahagian Sisi

Bahagian luaran memang sempurna buatannya. MPV yang ideal ini diperbaharui dengan ciri-ciri seperti kemudahan ‘one-touch tumble’ di tempat duduk barisan kedua untuk memudahkan akses ke barisan ke-3. Reka bentuknya bergaya sport dan lebih selesa dinaiki. Avanza baharu, setiap perjalanan menjadi lebih baik.

Reka bentuk lebih menyerlah, bahagian lingkungan roda digabungkan dengan badan kereta untuk kestabilan maksimum sambil menimbulkan perasaan dinamik.

avanza 2012- radiator grillavanza 2012- radiator grill2

Pembaharuan yang jelas bahagian Grill Radiator yang direka bagi melengkapkan gaya sport, lampu depan dan lampu belakang juga kelihatan sempurna terutama di bahagian tepi yang lebih cun pada badan Avanza baharu edisi 2012 ini.

avanza 2012-headlamp Lampu henti kedua pula dipasang terus pada spoiler bumbung. Mempunyai tweeter kecil di kedua-dua bahagian hadapan berhampiran dashboard membuatkan sistem audio yang lebih menyeluruh. terdapat juga penyaman udara dwi-penghembus dan lohong udara di papan pemuka baru.

 

avanza 2012-tail lamp

Teknologi terbaharu yang dimuat masuk pada Toyota Avanza baharu edisi 2012 ini adalah stering berkuasa elektrik (EPS) yang akang berfungsi jika terdapat penggunaan stereng , maka menjimatkan tenaga. Ia juga menjimatkan miyak ekoran penggunaan EPS serta aerodinamik yang dipertingkatkan mengurangkan penggunaan petrol.

TOYOTA Avanza baharu ini juga direka sedikit lebar dan lebih panjang berbanding versi terdahulu.Ditawarkan dalam empat warna White, Dark Steel Mica, Silver Mica Metallic dan juga Maroon Mica dalam varian 1.5S, 1.5G, 1.5E dan 1.3E. Semua varian ini adalah transmisi automatic kecuali 1.3E sahaja menggunakan transmisi manual.

Mana yang berkenan di hati anda tentukan sendiri. Nak tahu lebih lanjut anda boleh godek-godek laman web rasmi Toyota atau pergi ke bilik pameran mereka di seluruh negara.

 

The New Toyota Avanza 2012 Edition


Bagaimana Untuk Mount Fail ISO Dalam Windows 8

 

Fail ISO adalah memudahkan, jadi di sini bagaimana anda boleh memberi pemacu kepada mereka dalam Windows 8.

* Ia juga boleh di mount ke dalam mana-mana Windows yang lain.

* Sangat sesuai untuk Game yang berformat ISO

Mengapa imej ISO lebih digunakan hari ini?

Kini setiap fail adalah benar-benar bersaiz amat besar. Dalam usaha untuk menyimpan fail media ini penyimpanan berkapasiti tinggi diperlukan. Lebih-lebih lagi apabila ia datang kepada mana-mana media optik contohnya CD / DVD, DVD kapasiti besar yang kadang-kadang mungkin agak mahal. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, terdapat beberapa aplikasi ISO yang mampu mewujudkan imej ISO mana-mana folder yang disimpan di dalam komputer anda. Jika imej ISO adalah lebih besar daripada saiz media optik standard, anda boleh mount secara langsung ke pemacu maya yang dicipta secara automatik semasa pemasangan aplikasi ISO ini. Jadi anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari CD/DVD kosong lagi, jimatkan ^_^.

Aplikasi ISO yang kebanyakan diguna ramai ialah Ultra ISO,versi percubaan yang boleh dimuat turun dari Internet. Sebagai pengguna Windows 8 jika anda mahu untuk melancarkan apa-apa imej ISO selepas memuat turun dan memasang Ultra ISO anda dikehendaki mengikuti langkah-langkah diberikan dibawah:

1 Log masuk ke komputer Windows 8 atau Windows anda gunakan dengan administrator account.
2 Download Ultra ISO dari laman web dan install pada komputer anda. Ini akan secara automatik mencipta pemacu maya CD / DVD di mana imej ISO boleh dipasang.

1                  4


3 Dalam perintah mount mana-mana imej ISO yang telah diwujudkan, klik kanan pada imej dan dari menu konteks pergi ke UltraISO

7b6bc6cbb7

 

4 Klik submenu yang muncul di Mount ke drive(partition) X: (di mana X: boleh mana-mana huruf drive).

iso

#Untuk download: UltraISO , dekat page tu klik free trial.