Sabtu, 25 Februari 2012

Andai aku ingin jadi pelajar Berjaya

Setiap kejayaan itu tidak dating kepada kita dengan begitu mudah, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan beristiqamah dalam melakukan setiap amalan baik.

choice

Nak tau apa pengorbanan pelajar yang ingin berjaya??

  1. Terpaksa mengambil mata pelajaran yang tidak diminati
  2. Terpaksa membuat kerja rumah ketika orang lain sedang bersenang-senang atau berseronok
  3. Terpaksa bangun awal untuk belajar subuh hari
  4. Terpaksa bersaing sesama orang lain di peringkat negara
  5. Terpaksa menghadiri kelas tambahan selepas waktu persekolahan
  6. Mungkin disindir oleh kenkawan kerana terlalu komited dalam pelajaran
  7. Mungkin menerima leteran (teguran) daripada guru atau ibu bapa setiap hari
  8. Mengalami tekanan perasaan kerana kerja banyak (over load)

 

Berakit-rakit ke hulu,

Berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,

Bersenang-senang kemudian.

 

Kata Al-Imam Ibnu Qayyum

“Waktu yang hilang percuma lebih parah daripada maut,

kerana membiarkan waktu hilang percuma itu memutuskan hubungan mu dengan Allah dan kehidupan akhirat,

sedangkan mati hanya memutuskan hubungan mu dengan dunia dan penduduknya.'”

 

Semua ini saya tampal kat dinding sejak dari sekolah dulu-dulu lagi dan masih melekat sehingga sekarang. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama atau dengan cara lain yang lebih kreatif. Harap-harap entri kali ini menyuntik motivasi diri anda khususnya pembaca blog dari golongan pelajar untuk buat lebih baik di hari mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan