Khamis, 2 Februari 2012

Toyota Avanza Baharu Edisi 2012

Inilah Avanza baharu yang admin cakap dalam entri yang lepas Perodua Alza SR. Baru-baru ini admin dan ayahanda pergi melawat adik yang belajar di kuantan, dalam masa on the way tu ayahanda suruh berhentikan kenderaan kat TOYOTA showroom kerana nak tengok Avanza baharu katanya.

Avanza 2012- depan

Cilok punya cilok, rasanya dapat juga dapat sikit info untuk digodek dalam blog Kembara Berduri ini.

avanza 2012-belakang

Bahagian Belakang

 

avanza 2012- sisi

Bahagian Sisi

Bahagian luaran memang sempurna buatannya. MPV yang ideal ini diperbaharui dengan ciri-ciri seperti kemudahan ‘one-touch tumble’ di tempat duduk barisan kedua untuk memudahkan akses ke barisan ke-3. Reka bentuknya bergaya sport dan lebih selesa dinaiki. Avanza baharu, setiap perjalanan menjadi lebih baik.

Reka bentuk lebih menyerlah, bahagian lingkungan roda digabungkan dengan badan kereta untuk kestabilan maksimum sambil menimbulkan perasaan dinamik.

avanza 2012- radiator grillavanza 2012- radiator grill2

Pembaharuan yang jelas bahagian Grill Radiator yang direka bagi melengkapkan gaya sport, lampu depan dan lampu belakang juga kelihatan sempurna terutama di bahagian tepi yang lebih cun pada badan Avanza baharu edisi 2012 ini.

avanza 2012-headlamp Lampu henti kedua pula dipasang terus pada spoiler bumbung. Mempunyai tweeter kecil di kedua-dua bahagian hadapan berhampiran dashboard membuatkan sistem audio yang lebih menyeluruh. terdapat juga penyaman udara dwi-penghembus dan lohong udara di papan pemuka baru.

 

avanza 2012-tail lamp

Teknologi terbaharu yang dimuat masuk pada Toyota Avanza baharu edisi 2012 ini adalah stering berkuasa elektrik (EPS) yang akang berfungsi jika terdapat penggunaan stereng , maka menjimatkan tenaga. Ia juga menjimatkan miyak ekoran penggunaan EPS serta aerodinamik yang dipertingkatkan mengurangkan penggunaan petrol.

TOYOTA Avanza baharu ini juga direka sedikit lebar dan lebih panjang berbanding versi terdahulu.Ditawarkan dalam empat warna White, Dark Steel Mica, Silver Mica Metallic dan juga Maroon Mica dalam varian 1.5S, 1.5G, 1.5E dan 1.3E. Semua varian ini adalah transmisi automatic kecuali 1.3E sahaja menggunakan transmisi manual.

Mana yang berkenan di hati anda tentukan sendiri. Nak tahu lebih lanjut anda boleh godek-godek laman web rasmi Toyota atau pergi ke bilik pameran mereka di seluruh negara.

 

The New Toyota Avanza 2012 Edition


Tiada ulasan:

Catat Ulasan