Khamis, 8 Disember 2011

Bulan Muharram 1433h


Minggu ni demam teruk sangat sampai terpaksa batalkan niat untuk pergi kelas. Hari sabtu ok je,gimik perasmian penutup debat pon masih sihat lagi malam tu. esoknya alih-alih demam mengejut pula, hmm... nasib badan la,nak buat macam mana.hari isnin dah 9 Muharram ingat nak puasa tapi bimbang tak tahan pula, demam lagi. Malam tu telan dua biji ubat besok terus segar sikit, dah boleh dah nak puasa pada 10 Muharram tu. Seronokya dapat puasa sunat nie.

Tapi yang tak seronok hari tu, ikan yang aku bela banyak yang mati kerana tuan dia demam tak sempat nak jenguk macam biasa. Kesian kat ikan aku. Okey, kali nie aku nak kongsikan satu doa untuk korang semua tapi dalam bahasa Melayu la. "Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang akan mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu, Amin". Maafla, entri kali ni aku tak bincang pasal azam baru sempena Awal Muharram 1433h ni. Walau apa pun harap korang suka dengan doa tadi. Bonus untuk bulan Muharram dari admin.^_^

p/s: Jangan lupa amalkan tau, semoga hari-hari mendatang korang juga lebih baik dari yang telah berlalu.

Ahad, 27 November 2011

Istana Negara Baharu


Istana negara baharu telah pun siap baru-baru ini. Ia akan menjadi satu lagi mercu tanda di bumi bertuah ini. Segala pentadbiran di istana lama akan dipindahkan ke istana baharu secara berperingkat-peringkat.



Istana Negara Baharu di Jalan Duta.


Mercu ini adalah sebagai lambang Malaysia negara berdaulat dan raja berpelembagaan.


Istana negara yang lama digunakan sebelum pembinaan istana baharu dilaksanakan.

Rabu, 9 November 2011

Bola Sepak : Sukan SEA 2011 (Malaysia 2-1 Thailand)

Selepas skuad nagara seri tanpa jaringan menentang singapura pada pusingan yang lepas, hati Malaysia kembali terubat dengan kemenangan ke atas Thailand dengan jaringan 2-1 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. 
    
  
 Jaringan pertama di Stadium Utama Gelora Bung Karno dijaringkan oleh ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama.

       Bagaimanapun Thailand dapat menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78. Kekuatan barisan serangan yang ampuh berjaya meledakkan satu lagi gol di saat-saat akhir bagi memastikan kemenangan milik Malaysia menerusi rembatan Izzat Faris Ramlan pada minit ke-85 dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011.

Selasa, 27 September 2011

Lada Oh Lada...

Rempah ratus mempunyai pelbagai jenis yang digunakan bagi melazatkan lagi masakan. Lada merupakan antara suatu bahan yang biasa digunakan terutamanya dalam menyediakan hidangan orang Melayu. Cuba korang search kat google dengan menaip cik LADA... saksikan inilah yang saya jumpa.
lada-niva resimleri
2000 Lada Rapan Concept Cars Vl Russia
2000vaz_lada_peter_turbo_2
20100308-racing-lada
DaveDeli_Lada_Concept_SUV
Kereta Lada versi sport....
lada_tank
lada-tuning
Lada-C_Concept_2007
Michur_Pol_92LadaNiva_RR
p/s: kena guna bahasa inggeris baru mudah hendak cari... Addooiii..

Isnin, 5 September 2011

Raya Merdeka 2011

Setelah sebulan umat Islam menjalani madrasah ramadhan, sekarang tibalah masa kita merayakan hari kemenangan ini dengan hati yang riang. Jalan-jalan utama kembali sesak, bagi jalan di pantai timur khususnya Terengganu, sejak LPT Fasa 2 dibuka ia dapat mengurangkan sedikit aliran lalu lintas para perantau menuju ke destinasi masing-masing. Tahun ini umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya AidulFitri sehari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia.


Kiranya, hari raya kedua adalah Hari Kemerdekaan. Walaubagaimana sekalipun, Hari Kemerdekaan yang jatuh pada raya kedua telah ditunda tarikhnya pada tahun ini ke 16 September 2011 iaitu bersamaan Hari Malaysia. Wah! banyaknya tarikh keramat dinegaraku ini.


Kelmarin adalah sesi kemasukn dan pendaftaran pelajar baharu di salah sebuah universiti di pantai timur, tahniah diucapkan kepada adik-adik yang diterima masuk ke universiti, dan universiti lain juga akan menyusul mengambil pelajar baharu mereka dalam bulan ini bagi kemasukan pelajar kategori ijazah sarjana muda. Kasihan la kat korang, belum puas beraya dah kena daftar.Tapi tidak mengapa anggap saja sebagai mukhadimah pengorban sebelum anda bergelar siswazah yang berjaya.


Kepada yang telah bekerja, selamat pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan diperantauan. Saya sebagai admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca blog yang setia...

Kembalikan Chat Facebook Versi lama

Macam manalah nak kembalikan chat facebook kepada versi lama... Addooiiii...Bosan dengan chat versi baru? Tak berapa mersa pengguna la. Aku ada satu pertolongan untuk setelkan masalah yang melanda facebook korang tu.




Aku akan kongsikan add on untuk kembalikan chat anda untuk pengguna Firefox dan juga pengguna google Chrome. Sesungguhnya aku sering guna kedua-dua enjin carian ni semasa berblog.


Bagi pengguna Firefox sila klik sini untuk install add-ons



Bagi pengguna Google Chrome sila klik sini untuk install add-ons.(jangan lupa buka browser chrome dulu sebelum klik)

So, sekarang anda boleh kembali dengan muka yang berseri kembali dihadapan fb anda.
Kalau suka kat chat versi lama sila kongsikan di ruangan 'komen' SEBAB anda memilihnya yea.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Takde Kerje Cari Kerja, Takde Penyakit Cari Penyakit

Korang rasa-rasa la kan kerja yang korang buat tu berisiko tak?? Cuba bandingkan dengan kerja-kerja yang ditunjukkan di bawah ini mana lagi berisiko. Ini adalah sebahagian daripada risky work.. Just layan....



Alahai mak cik kamu buat apa tu...



aku nak sembunyi kat sini la... Harap-harap pencegah maksiat tak nampak aku.



Camne aku nak turun nie.. tangga takda ke??



Aku tengah buat arca rumah nie.. dah-dah jangan kacau....



ha... korang gunalah pulak imaginasi korang sendiri..hehehe



Go ninja go...Ninja go....



haa... kanan lagi.. ke kanan lagi...



Cita-cita aku nak jadi pekerja TNB....



oppss... pegang leklok... dah melendut kabel nie...



Ala... hari tu bos tak kasi aku cuti...(port mengumpat.hehehe)



Pertandingan siapa paling cepat dan banyak kikis simen dinding bangunan.


Segala aksi yang ditunjukkan disini tidak dibenarkan anda mencubanya di alam realiti.. Bahaya... Ingatlah orang yang tersayang, jangan kerana duit yang tidak seberapa nyawa anda sebagai galang gantinya..

Motosikal Yang Mengagumkan

Motosikal sememangnya memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ciri-cirinya yang kecil dan fleksibel telah membantu kita melaksanakan urusan harian kita dengan lancar sekali. bagaimanapun reka bentuknya sentiasa diberi nafas baru agar tidak ketinggalan pada masa hadapan. Persaingan yang sihat ini telah meletuskan banyak penambahbaikkan dari satu generasi ke satu generasi yang terkini. Apa pun inovasi yang terkini dibuat, ia tetap menggambarkannya sebagai sebuah motosikal. Inilah sebahagian motosikal yang telah didesign dan menjadi model prototaip untuk kegunaan masyarakat dunia pada masa depan.



Nak kata macam skuter pon ade



Yang ini diberi nama sebagai CROSSCAGE2



FMOU6NSFG7Z3PCD.MEDIUM.... Buatan Yamaha nie mirip ATV je kan..



Honda-3R-C-Study-0.... Wahh!!! siap ada bumbung lagi tu... lepas nie bolehlah redah je hujan tu..



icare futuristic motorcycle concept.... yang nie sesuai untuk menunjuk-nunjuk dan memikat awek. Sekilas pandang sebijik macam transformers.hehehe :)


Kepada yang kaki design tu bolehlah jadikan ini sebagai salah satu angle inspirasi anda for Great your work.....

Kenderaan Tiga Alam

Kali ini nak kongsikan tentang kederaan yang dapat hidup di darat,air dan udara. Kenderaan berispirasikan masa depan ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan unik. Kenderaan ini dinamakan halo-intersceptor.

Inilah rupa kenderaan masa depan tersebut.


Tiga dimensi.... Udara...Laut...dan Darat...
Paling kiri: kederaan dalam bentuk kereta(darat), yang tengah ialah kapal terbang dan helikopter(udara), tapi belum boleh menyelam lagi halo-intersceptor ni kerana hanya direka bentuk bot sahaja(laut/sungai pon boleh).
Very amazing kan.....

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Madrasah Mendidik Hati Dan Jiwa

أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)"
(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a)

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan yang mulia... Kini madrasah Ramadhan tiba lagi pada tahun ini. Bermulalah solat sunat terawih pada malam ini yang tiada pada bulan-bulan Islam yang lain. Sesungguhnya, bulan yang penuh baraqah ini dapat mendidik hati dan jiwa kita agar dapat terus istiqamah amalan baik pada bulan-bulan yang seterusnya. Puasa-puasa juga sahur jangan lupa bangun. La..bangun untuk makan je pun takkan tak larat kot...Siap dapat pahala lagi. Siang hari jangan pula buat-buat lupa termakan atau terminum nanti rugi je yang kita dapat... Sayang sekali jika pahala yang banyak-banyak disediakan untuk kita, tapi kita tak cuba untuk kumpulkannya.. Baiklah, selamat berjihad melawan nafsu dan salam Ramadhan kepada semua pembaca blog yang beragama Islam...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sabtu, 23 Julai 2011

Jom Buat Transofmasi Pada Diri Kita

Masa yang berlalu diganti dengan masa baru yang lebih segar pada setiap detik. Umur juga turut sama meningkat seiring dengan masa yang masih berbaki. Perubahan pada tubuh badan dan akal minda kita saban hari juga semakin matang. Tanpa kita sedar kita kadang-kadang terleka sehinggakan terpesong dengan hala tuju yang kita telah rancang sejak awal lagi. Mana tidaknya, hati yang gelora sentiasa cuba memberontak bagi memuaskan keinginan yang tidak terjangka ketika kita sedang bermusafir dunia. Buat anak bangsaku ayuh bangunlah dari lena yang panjang. Jangan kita ulangi lagi kesilapan yang lalu, berwaspadalah selalu dengan tipu helah musuh-musuh kita diluar sana. Peristiwa 13 Mei kita kenang bukan hanya sebagai sejarah tetapi sebagi peringatan besar buat kita umat Melayu.


Sabtu, 9 Julai 2011

Tragedi Bersih 2.0

Tanggal 9 julai 2011 merupakan suatu detik yang mungkin menjadi ingatan di minda kita. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang perhimpunan ini berlangsung...


Pandai sungguh wartawan nie.. Tajuk berita pun memang kena, tapi kenapa tak dapat capai target tersebut??? hai,polis dah buat road block macam mana orang ramai nak pergi berhimpun. Logik la kan.


Rasanya, kalau pihak polis tidak melancarkan serangan menggunakan gas pemedih mata, mungkin keadaan masih lagi terkawal. Apa nak jadi dengan negara kita. Jikalau polis buat serangan balas terhadap penyokong Bersih ketika puak-puak ini buat huru-hara baru betul, ini tidak penyokong Bersih pula yang buat serangan balas dek kerana serangan pihak berkuasa yang menyerang mereka terlebih dahulu.. Ini siapa yang bikin onar dulu ni? Ada pihak kata Bersih ini kalau buat perhimpunan akan menggangu orang ramai, yang kita nampak yang sebenarnya berlaku mereka pula diserang walaupun mereka berhimpun secara aman. Tidak adil sekiranya yang Anti-Bersih buat perhimpunan aman tidak kena serangan gas pemedih mata, penyokong Bersih buat perhimpunan aman kena serang pula.

Bukan hendak menyalahkan pihak berkuasa semata-mata,tetapi ingin mengajak kalian semua berfikir adakah patut tindakan ini diambil keatas mereka. Harap pihak berkuasa negara kita dapat menjalankan kerja mereka dengan lebih telus dan berdedikasi sesuai dengan motto mereka.

Suasana BERSIH 2.0 di ibu kota

Isnin, 4 Julai 2011

Anugerah Tak Ternilai...

Kita sangat suka menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan sehingga terlebih-lebih pula. bila takde elektrik, takde air, takde udara bersih dan lain-lain lagi mulalah kita merungut tak tentu hala. Salah siapa?? Salah kita juga tidak tahu nak berberjimat cermat ketika menggunakkannya.

Itu hanya mukadimah je... Nie sebenarnya nak cerita tentang sumber tenaga alternative yang terdapat pada bumi yang tuhan ciptakan untuk hambanya. Setiap jam matahari rasuk ke Bumi lebih daripada tenaga yang cukup untuk memenuhi keperluan tenaga global bagi tahun keseluruhan. Tenaga Suria adalah teknologi yang digunakan untuk memanfaatkan tenaga matahari dan membuat ia boleh digunakan. Hari ini, teknologi yang menghasilkan kurang daripada satu persepuluh satu peratus daripada permintaan tenaga global.



Ramai orang biasa dengan apa yang dipanggil sel photovoltaic, atau panel solar, yang ditemui pada hal-hal seperti kapal angkasa, bumbung, dan kalkulator tangan. Sel-sel diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti yang didapati dalam cip komputer. Apabila cahaya matahari melanda sel, ia mengetuk elektron daripada atom yang longgar mereka. Sebagai aliran elektron melalui sel, mereka menjana elektrik.



Pada skala yang lebih besar, solar loji kuasa haba menggunakan pelbagai teknik untuk menumpukan tenaga matahari sebagai sumber haba. Haba ini kemudiannya digunakan untuk mendidihkan air untuk memacu turbin stim yang menjana elektrik di banyak fesyen yang sama seperti arang batu dan loji kuasa nuklear, membekalkan elektrik bagi beribu-ribu orang.
Maafla kalu ayat merapu sikit.Ayat-ayat sains nie kadang-kadang aku pon payah nak bagi tahu seperti yang aku faham. So,korang pandai-pandai la fahamkan sendiri ye..



Nie adalah contoh sebuah rumah yang memanfaatkan penggunaan tenaga solar.



Angin merupakan pergerakan udara dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Malah, angin wujud kerana matahari memanaskan permukaan Bumi secara tidak sekata. Apabila udara panas naik, udara sejuk bergerak untuk mengisi kekosongan itu. Selagi bersinar matahari, angin akan bertiup. Dan selagi angin bertiup, orang ramai akan memanfaatkan kepada kuasa ini kepada kehidupan mereka.



Pelaut kuno menangkap angin menggunakan layar angin dan seterusnya berjaya meneroka dunia. Petani menggunakan kincir angin untuk mengisar bijirin dan pam air. Hari ini, semakin banyak orang yang menggunakan turbin angin untuk menjanakan tenaga elektrik daripada angin. Sepanjang sedekad yang lalu,turbin yang menggunakan angin telah meningkat lebih daripada 25 peratus setahun. Namun, ia hanya memberikan sebahagian kecil daripada tenaga dunia.

Angin yang datang dari tenaga turbin yang setinggi bangunan 20 tingkat dan mempunyai tiga 200-kaki panjang (60 meter panjang) bilah. Contraptions ini kelihatan seperti kipas kapal terbang gergasi pada kayu. Angin memutarkan bilah, yang menutup batang disambungkan kepada penjana yang menghasilkan elektrik. Turbin lain bekerja dengan cara yang sama, tetapi turbin yang sebenarnya adalah pada paksi menegak dan bilah kelihatan seperti pemukul telur gergasi.


Angin turbin pada hari yang mendung

Turbin angin terbesar menjana elektrik yang cukup untuk membekalkan kira-kira 600 rumah AS. Ladang angin yang berpuluh-puluh dan kadang-kadang beratus-ratus turbin ini berbaris bersama terutamanya di kawasan-kawasan berangin, seperti di sepanjang rabung. Turbin yang lebih kecil dibina di belakang rumah boleh menghasilkan elektrik yang cukup untuk rumah tunggal atau perniagaan kecil.

Angin merupakan sumber tenaga yang bersih boleh diperbaharui kerana tidak menghasilkan pencemaran udara atau air. Dan tenaga angin adalah percuma, kos operasi yang hampir sifar sekali turbin didirikan. Pengeluaran besar-besaran dan kemajuan teknologi yang membuat turbin lebih murah, dan banyak kerajaan menawarkan insentif cukai untuk menggalakkan angin-tenaga dibangunkan.





Sumber-sumber tenaga lain....



Hydropower / Hydroelektrik.....


Biofuels


Fuel Cells


Geothermal - Ini loji kuasa Ggeothermal di Reykjavik, Iceland, menggunakan takungan stim bawah tanah dan air panas untuk menjana elektrik dan haba dan menyejukkan bangunan secara langsung.