Rabu, 9 November 2011

Bola Sepak : Sukan SEA 2011 (Malaysia 2-1 Thailand)

Selepas skuad nagara seri tanpa jaringan menentang singapura pada pusingan yang lepas, hati Malaysia kembali terubat dengan kemenangan ke atas Thailand dengan jaringan 2-1 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia. 
    
  
 Jaringan pertama di Stadium Utama Gelora Bung Karno dijaringkan oleh ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama.

       Bagaimanapun Thailand dapat menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78. Kekuatan barisan serangan yang ampuh berjaya meledakkan satu lagi gol di saat-saat akhir bagi memastikan kemenangan milik Malaysia menerusi rembatan Izzat Faris Ramlan pada minit ke-85 dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan