Isnin, 5 September 2011

Raya Merdeka 2011

Setelah sebulan umat Islam menjalani madrasah ramadhan, sekarang tibalah masa kita merayakan hari kemenangan ini dengan hati yang riang. Jalan-jalan utama kembali sesak, bagi jalan di pantai timur khususnya Terengganu, sejak LPT Fasa 2 dibuka ia dapat mengurangkan sedikit aliran lalu lintas para perantau menuju ke destinasi masing-masing. Tahun ini umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya AidulFitri sehari sebelum Hari Kemerdekaan Malaysia.


Kiranya, hari raya kedua adalah Hari Kemerdekaan. Walaubagaimana sekalipun, Hari Kemerdekaan yang jatuh pada raya kedua telah ditunda tarikhnya pada tahun ini ke 16 September 2011 iaitu bersamaan Hari Malaysia. Wah! banyaknya tarikh keramat dinegaraku ini.


Kelmarin adalah sesi kemasukn dan pendaftaran pelajar baharu di salah sebuah universiti di pantai timur, tahniah diucapkan kepada adik-adik yang diterima masuk ke universiti, dan universiti lain juga akan menyusul mengambil pelajar baharu mereka dalam bulan ini bagi kemasukan pelajar kategori ijazah sarjana muda. Kasihan la kat korang, belum puas beraya dah kena daftar.Tapi tidak mengapa anggap saja sebagai mukhadimah pengorban sebelum anda bergelar siswazah yang berjaya.


Kepada yang telah bekerja, selamat pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan diperantauan. Saya sebagai admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca blog yang setia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan