Sabtu, 9 Julai 2011

Tragedi Bersih 2.0

Tanggal 9 julai 2011 merupakan suatu detik yang mungkin menjadi ingatan di minda kita. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang perhimpunan ini berlangsung...


Pandai sungguh wartawan nie.. Tajuk berita pun memang kena, tapi kenapa tak dapat capai target tersebut??? hai,polis dah buat road block macam mana orang ramai nak pergi berhimpun. Logik la kan.


Rasanya, kalau pihak polis tidak melancarkan serangan menggunakan gas pemedih mata, mungkin keadaan masih lagi terkawal. Apa nak jadi dengan negara kita. Jikalau polis buat serangan balas terhadap penyokong Bersih ketika puak-puak ini buat huru-hara baru betul, ini tidak penyokong Bersih pula yang buat serangan balas dek kerana serangan pihak berkuasa yang menyerang mereka terlebih dahulu.. Ini siapa yang bikin onar dulu ni? Ada pihak kata Bersih ini kalau buat perhimpunan akan menggangu orang ramai, yang kita nampak yang sebenarnya berlaku mereka pula diserang walaupun mereka berhimpun secara aman. Tidak adil sekiranya yang Anti-Bersih buat perhimpunan aman tidak kena serangan gas pemedih mata, penyokong Bersih buat perhimpunan aman kena serang pula.

Bukan hendak menyalahkan pihak berkuasa semata-mata,tetapi ingin mengajak kalian semua berfikir adakah patut tindakan ini diambil keatas mereka. Harap pihak berkuasa negara kita dapat menjalankan kerja mereka dengan lebih telus dan berdedikasi sesuai dengan motto mereka.

Suasana BERSIH 2.0 di ibu kota

Tiada ulasan:

Catat Ulasan