Isnin, 4 Julai 2011

Seni Jepun

korang mesti pernah tengokkan seni melipat kertas menjadi macam-macam bentuk yang unik. Kat Malaysia pon ada benda-benda nie sebenarnye. Kalau kat Jepun dipanggil Origami kat Malaysia pon lebih kurang la kot panggilannye.. Bayangkan kertas kosong yang biasa kita tulis dan melukis diatasnya boleh menjadi suatu produk kraftangan dan kadang-kadang boleh dijadikan sebagai mainan kanak-kanak.

cantikkan..macam naga dalam filem epik..


kalau sape-sape ada akuarium kecil boleh la letak.. tapi jangan letak air,alamaknya hancurlah ikan korang tu...




Cubalah buat sendiri... mana tau kot-kot jadik.. kepuasannya pasti terasa.








harap anda semua tertarik untuk berkunjung lagi ke blog ini dengan pelbagai post baru dan menarik selepas ini.


Jumaat, 1 Julai 2011

Himpunan Bersih 2011


Nie bukan nak promote atau provok...
tapi kan ble tengok dalam berita sekarang nie banyak sangat perhimpunan/demonstrasi "Aman" yang dibuat bagi membantah projek mega Himpunan BERSIH kali kedua nie yang dikatakan tidak sah(takde permit).... agak-agak korang la yang diorang duk sibuk-sibuk buat dan sokong demonstrasi "aman" nie sah ke??? kalau kata Himpunan BERSIH tu mengganggu ketenteraman awam, yang depa duk buat protes pon semuanya mengganggu jugak.... latest artikel ni ditulis, berita hari nie menyiarkan kesesakkan lalu lintas kat Pulau Pinang akibat kononnye demontrasi aman membantah Himpunan Bersih yang entah akan betul-betul berlaku atau tidak.... Jika sekiranya Himpunan BERSIH nie tidak berlaku so, orang-orang yang duk protes nie jugak patut rasa malu diatas perbuatan mereka sendiri....



Dipetik dari salah satu akhbar dalam negara bertarikh 01 Julai 2011.
Agak-agaknye jika dihimpun semua demonstrasi begini dalam satu hari boleh lawan yang Himpunan Bersih. Masalah yang lagi bermasalah. Renung-renungkan.....

Nafas baru Bukit Besi


Sebelum ini Bukit Besi digemparkan dengan desas desus pembinaan salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia berhampiran dengan Tasik Puteri. Setelah perletakan batu asas dalam Majlis Pecah Tanah beberapa tahun kemudian, maka kini sebuah kampus baru sedang giat dalam pembinaan....



Dari pandangan hadapan....


Sebahagian kampus ini akan menjadi penghuni baru di tasik tersebut


Pelan pembinaan mengikut fasa-fasa yang telah dirangka..
Dengar kata dengan pembinaan kampus ini, ia akan melengkapi kampus lain di Terengganu sebagai Kampus Induk universiti tersebut....
Apa-apa pon semoga universiti tersebut terus unggul sepanjang masa..

Biarkan kolam itu sehingga airnya tenang


Di sebuah desa terdapat seorang gadis kecil yang comel. Setiap hari dia akan pergi ke sebuah kolam kecil yang sangat tenang airnya. Dia sangat suka melihat bayangan wajahnya yang comel itu.

Pada suatu hari dia membawa adik lelakinya bersama. Seperti biasa dia melihat bayangan wajahnya sambil menguraikan rambutnya yang ekal. Tiba-tiba tanpa diduga adiknya mengambil seketul batu dan membalingkannya ke dalam kolam. Berkocaklah air yang tenang itu dan tentulah wajah comelnya di dalam air pun turut berkocak.

Bukan kepalang marahnya kepada adiknya kerana perbuatan itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan kocakan itu. Dia mengelilingi setiap sudut kolam, memegang gigi air untuk menghentikan air yang sedang berkocak. Namun gagal.

Dalam keadaan itu, seorang tua melintasi tempat itu. Dia bertanya apa masalah yg dihadapi? Gadis kecil menceritakan apa yang terjadi. Orang tua itu berkata, aku akan beritahu kamu satu-satunya cara untuk menghentikan kocakan air di dalam kolam itu, namun cara itu amat sukar.

Gadis kecil menjawab bahawa dia akan lakukan walaupun sukar atau terpaksa membayar dengan harga yang mahal!

Lantas orang tua berkata:
Biarkan kolam itu sehingga airnya menjadi tenang!

Pengajaran: kadang-kadang kita berdepan dengan sesuatu masalah, makin kita cuba untuk menyelesaikannya, makin bertambah kusut. Di sinilah perlunya kesabaran. Tunggu masanya. Insya Allah penyelesaian pasti datang.

Wallahu'alam

Selasa, 6 Julai 2010

Diet Rasulullah S.A.W

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam