Khamis, 2 Februari 2012

Bagaimana Untuk Mount Fail ISO Dalam Windows 8

 

Fail ISO adalah memudahkan, jadi di sini bagaimana anda boleh memberi pemacu kepada mereka dalam Windows 8.

* Ia juga boleh di mount ke dalam mana-mana Windows yang lain.

* Sangat sesuai untuk Game yang berformat ISO

Mengapa imej ISO lebih digunakan hari ini?

Kini setiap fail adalah benar-benar bersaiz amat besar. Dalam usaha untuk menyimpan fail media ini penyimpanan berkapasiti tinggi diperlukan. Lebih-lebih lagi apabila ia datang kepada mana-mana media optik contohnya CD / DVD, DVD kapasiti besar yang kadang-kadang mungkin agak mahal. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, terdapat beberapa aplikasi ISO yang mampu mewujudkan imej ISO mana-mana folder yang disimpan di dalam komputer anda. Jika imej ISO adalah lebih besar daripada saiz media optik standard, anda boleh mount secara langsung ke pemacu maya yang dicipta secara automatik semasa pemasangan aplikasi ISO ini. Jadi anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari CD/DVD kosong lagi, jimatkan ^_^.

Aplikasi ISO yang kebanyakan diguna ramai ialah Ultra ISO,versi percubaan yang boleh dimuat turun dari Internet. Sebagai pengguna Windows 8 jika anda mahu untuk melancarkan apa-apa imej ISO selepas memuat turun dan memasang Ultra ISO anda dikehendaki mengikuti langkah-langkah diberikan dibawah:

1 Log masuk ke komputer Windows 8 atau Windows anda gunakan dengan administrator account.
2 Download Ultra ISO dari laman web dan install pada komputer anda. Ini akan secara automatik mencipta pemacu maya CD / DVD di mana imej ISO boleh dipasang.

1                  4


3 Dalam perintah mount mana-mana imej ISO yang telah diwujudkan, klik kanan pada imej dan dari menu konteks pergi ke UltraISO

7b6bc6cbb7

 

4 Klik submenu yang muncul di Mount ke drive(partition) X: (di mana X: boleh mana-mana huruf drive).

iso

#Untuk download: UltraISO , dekat page tu klik free trial.

Rabu, 1 Februari 2012

Perodua Alza SR Edisi 2012

Baru-baru ini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah melancarkan MPV nya yang terbaru, Alza Smart Ride (Perodua Alza SR). Kenderaan yang sesuai untuk kategori keluarga sederhana besa ini sangat fleksibel kerana mempunyai ciri-ciri model kereta sedan.

 

pix_gal0 a.ka. PERODUA Alza SR edition

Perodua Alza SR ini disasarkan kepada golongan muda berkeluarga sesuai untuk kegunaan harian mahupun balik kampung. Ditawarkan dengan tiga warna pilihan Ivory White, Glittering Silver dan Mystical Purple.

 

 

Perodua edisi kali ini adalah kesinambungan daripada versi terdahulu yang menjadi MPV paling diminati dengan jualan sekitar 81,000 unit telah Berjaya dijual sejak 2009.

Maklumat lanjut tentang Alza SR ini, bolehlah kunjungi 178 bilik pameran di seluruh Negara dan boleh ditempah bermula hari ini.

Admin pun ingat nak suggest Perodua Alza SR ini kat ayahanda, tapi rasanya dia tak minat kot coz dia dah pergi usha Avanza versi baharu kat bilik pameran Toyota beberapa hari yang lepas.

Apa-apa pun MPV ini tetap sesuai dan praktikal kerana admin difahamkan PERODUA tidak pernah berkompromi berhubung ciri keselamatan dan sentiasa mematuhi piawaian yang telah di tetapkan olah kerajaan dan antarbangsa.

Moh pakat jenguk Perodua Alza SR di bilik pameran.

Isnin, 30 Januari 2012

Format Windows Guna Pendrive?

Nak mount fail iso tapi external DVD tak detect?? Kedai yang jual DVD kosong pula jauh?

Tutorial untuk mount terus ke dalam pendrive anda



Kini segalanya lebih mudah dengan bantuan Windows7-USB-DVD-tool. Bukan apa kalau nak mount image dulu pastu nak kena guna carian cmd system, saya rasa lebih sukar terutamanya kepada yang baru berjinak-jinak dalam dunia komputer. Windows7-USB-DVD-tool ini membolehkan anda boot fail iso windows anda terus dengan pendrive, tapi jangan lupa anda perlu setting dahulu dekat BIOS komputer anda kepada USB.


Saya telah melakukan kaedah ini pada laptop yang dipasang Windows 7 dan Windows 8. Kelebihan utama adalah dengan menggunakan pemacu USB, anda boleh memasang Windows 7 dan Windows 8 hanya dalam masa 15 minit. Anda juga boleh menggunakan drive bootable USB ini pada kawan anda yang tidak mempunyai pemacu DVD optik.

Kaedah ini adalah sangat mudah dan anda boleh gunakan terus tanpa perlu bersusah-payah. Pastikan motherboard anda menyokong Boot melalui USB drive / pendrive.

 

Apa yang anda perlukan adalah :

  • USB Flash Drive (4GB+)</font>
  • Microsoft OS Disk (Vista / Windows 7)
  • A computer running Vista / Windows 7
  • Windows7-USB-DVD-tool

untuk Windows7-USB-DVD-tool boleh klik SINI

Follow the below steps to create bootable Windows 7/Windows 8 USB drive using which you can install Windows 7 or Windows 8 easily.

 

Tatacaranya:

Download Windows7-USB-DVD-tool, install ke PC / laptop. Run application Windows7-USB-DVD-tool.

windows_7_usb_1

 

Klik browse untuk cari fail iso (cth: Windows 8 Developer Preview.iso).

windows usb dvd 1

2

 

Pilih USB device, plug-in pendrive anda, tekan refresh.

windows_7_usb_3

 

Apabila icon pendrive anda muncul klik Begin Copying.

windows_7_usb_4 

 

Apabila keluar dialog seperti gambar dibawah, klik Erase USB device untuk memadam data dalam pendrive, pastikan anda membuat salinan atau backup data terlebih dahulu untuk data yang terdapat dalam pendrive anda.

windows_7_usb_5

 

Klik Yes jika anda ingin teruskan, klik No jika anda hendak membuat backup data dahulu. Saya anggap thumdrive anda sudah kosong dan anda klik Yes.

7

 

Kemudian biarkan sehingga selesai.(tempoh menunggu bergantung kepada PC anda. P/s: sambil-sambil tunggu boleh la buat tea @ coffea secawan.hehe)

windows_7_usb_7

 

Setelah selesai, kotak dialog akan menjadi seperti dibawah dan anda perlu tekan button ‘X’(cancel).

windows_7_usb_8

 

Akhir sekali restart PC anda, sebaik sahaja windows anda bermula tekan F9 untuk boot menu. Pilih boot from USB drive. Dan ikut langkah seterusnya seperti yang dipaparkan dalam PC anda semasa format windows.

F9 adalah yang biasa digunakan, jika tidak berjaya boot cuba guna kekunci DEL ataupun sila rujuk buku manual PC anda.

Malu bertanya sesat jalan, Tak cuba tak tahu.

Semoga berjaya!

Rabu, 18 Januari 2012

Windows 8 Developer Preview Berwajah Baharu

Buat julung kalinya, Windows 8 akan diperkenalkan kepada semua dalam beberapa masa lagi. Apa-apa pun pastinya ia akan sedikit berbeza daripada versi yang sebelumnya Windows 7.




Apa-apa pun pihak Microsoft telah mengeluarkan Windows 8 Developer Preview untuk percubaan para pengguna setianya. Wah memang berseri-serilah dekstop korang lepas ni dengan interface yang serba baharu dengan Windows 8 Developer Preview ni nanti. Tetapi dengar khabar versi ni mungkin berbeza dengan versi akhir Windows 8 yang akan datang. Sesetengah ciri-ciri produk dan fungsi mungkin memerlukan perkakasan yang maju atau tambahan, atau pemasangan perisian lain.




System Requirements

The Windows 8 Developer Preview works great on the same hardware that powers Windows Vista and Windows 7:
1 gigahertz (GHz) or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor
1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) or 2 GB RAM (64-bit)
16 GB available hard disk space (32-bit) or 20 GB (64-bit)
DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver
Taking advantage of touch input requires a screen that supports multi-touch
To run Metro style Apps, you need a screen resolution of 1024 X 768 or greater

Download link
Windows 8 Developer Preview with developer tools English, 64-bit (x64)

Windows 8 Developer Preview English, 64-bit (x64)
Windows 8 Developer Preview English, 32-bit (x86)

Windows 8 ini boleh di install menggunakan CD/DVD ataupun USB. Nanti admin akan dah update bagaimana nak install guna USB. Jangan risau, ada link kat bawah sekali... Kepada yang pandai format laptop atau PC sendiri tu, maka bolehlah mencubanya dahulu.

Antara Wallpaper untuk Windows 8





















Jom tengok interface dia yang baharu.



Personalized lock screen




The tiles of the Start screen





Touch keyboard





Okey, selamat mencuba Windows 8 Developer Preview.


UPDATE: format windows guna pendrive

Khamis, 8 Disember 2011

Bulan Muharram 1433h


Minggu ni demam teruk sangat sampai terpaksa batalkan niat untuk pergi kelas. Hari sabtu ok je,gimik perasmian penutup debat pon masih sihat lagi malam tu. esoknya alih-alih demam mengejut pula, hmm... nasib badan la,nak buat macam mana.hari isnin dah 9 Muharram ingat nak puasa tapi bimbang tak tahan pula, demam lagi. Malam tu telan dua biji ubat besok terus segar sikit, dah boleh dah nak puasa pada 10 Muharram tu. Seronokya dapat puasa sunat nie.

Tapi yang tak seronok hari tu, ikan yang aku bela banyak yang mati kerana tuan dia demam tak sempat nak jenguk macam biasa. Kesian kat ikan aku. Okey, kali nie aku nak kongsikan satu doa untuk korang semua tapi dalam bahasa Melayu la. "Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari yang akan mendatang lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu, Amin". Maafla, entri kali ni aku tak bincang pasal azam baru sempena Awal Muharram 1433h ni. Walau apa pun harap korang suka dengan doa tadi. Bonus untuk bulan Muharram dari admin.^_^

p/s: Jangan lupa amalkan tau, semoga hari-hari mendatang korang juga lebih baik dari yang telah berlalu.